





Yayasan Didik Negara Merakamkan Penghargaan Kepada Rakan Strategik Dalam Menjayakan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin
Sabtu | 25 Julai 2026
Yayasan Didik Negara (YDN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan strategik yang telah memberikan sokongan serta komitmen dalam menjayakan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaludin yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara, Mohd Nasrul bin Khairi, menzahirkan penghargaan kepada para rakan strategik yang sentiasa bersama YDN dalam merealisasikan pelbagai inisiatif pembangunan pendidikan negara. Sokongan yang diberikan mencerminkan komitmen bersama antara kerajaan, sektor swasta dan rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem pendidikan yang lebih inklusif, progresif dan berimpak tinggi.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para tetamu kehormat dan wakil rakan strategik yang hadir memeriahkan majlis, antaranya Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Richard Koh, Mr. Nicholas Sim, Mr. Gurtaj Singh Padda, Prof. Dato’ Dr. Eddy Sik, Dato’ Dr. Ignatius Lourdsamy, Mr. Liew Han Yang, Dato’ Syed serta wakil-wakil organisasi yang sentiasa memberikan kerjasama erat kepada Yayasan Didik Negara.
Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada rakan-rakan strategik yang mengambil bahagian dalam pameran sempena majlis tersebut, iaitu Samsung Malaysia, EBH, DIDIK2U, Kings University College, MySPAI dan Tune Talk. Penyertaan mereka bukan sahaja memeriahkan program, malah memperlihatkan kesungguhan sektor swasta dalam menyokong agenda transformasi pendidikan negara melalui kerjasama strategik bersama Yayasan Didik Negara.
Yayasan Didik Negara percaya bahawa sinergi yang terjalin antara kerajaan, industri dan rakan strategik akan terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada murid, pendidik dan seluruh ekosistem pendidikan negara.
YDN komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak dalam usaha merealisasikan aspirasi pendidikan negara selaras dengan agenda Malaysia MADANI serta keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia demi melahirkan generasi masa hadapan yang berdaya saing, berilmu dan berkemahiran.
#bersamaydn
![]()