





Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025
Sabtu | 18 April 2026
Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 berlangsung dalam suasana penuh bermakna, menyaksikan kegembiraan, penghargaan serta detik-detik menyentuh hati antara para pelajar, ibu bapa dan guru. Pengiktirafan turut diberikan kepada pelajar yang menunjukkan ketabahan luar biasa dalam menghadapi cabaran kesihatan namun tetap mencapai keputusan yang membanggakan.
Dalam majlis ini Seramai 172 orang pelajar telah diraikan atas usaha dan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Daripada jumlah tersebut, 11 orang pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan semua A dan A+ wajar diberikan penghargaan khusus atas dedikasi, disiplin, dan komitmen tinggi yang ditunjukkan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kesungguhan para pelajar, malah turut menggambarkan sokongan berterusan daripada guru, ibu bapa, serta persekitaran pembelajaran yang positif.
Diharapkan pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Tahiah dan syabas kepada semua!
![]()