You are currently viewing Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026

Isnin | 2 Mac 2026

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, telah menghadiri Program Jaulah Ramadan Komuniti Kuala Lumpur yang berlangsung di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA), Bandar Tun Razak, Cheras baru-baru ini.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh warga sekolah termasuk para guru dan murid SMISTA. Dalam program tersebut, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar serta menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kepimpinan pendidikan dan komuniti sekolah.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, beliau telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 orang murid asnaf yang terpilih. Penyampaian sumbangan tersebut turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDN, YBrs. Tuan Mohd Nasrul bin Khairi.

Pada majlis yang sama, Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) telah menyumbangkan sebuah papan pintar kepada pihak sekolah sebagai usaha menyokong penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut menyampaikan sumbangan buku pelbagai genre kepada SMISTA bagi menggalakkan budaya membaca serta memperkaya sumber pembelajaran dalam kalangan warga sekolah.

Program Jaulah Ramadan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyantuni pelajar, malah turut memperkukuhkan kerjasama antara agensi pendidikan dan institusi sekolah dalam usaha memperkasa pendidikan serta kebajikan murid.

#bersamaydn

#PendidikanManusiawi

#tahuninitahunkita

Loading

Leave a Reply